Wednesday, November 09, 2011

KIK Team NeXus did it again ...

Inovasi jadi budaya warga UMS



Shariff Abdul Kadir Omang (tengah) menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Ketua KIK Terbaik kategori Pengurusan, Awina Kamis pada Konvensyen KIK di Kota Kinabalu, baru-baru ini.



KOTA KINABALU 8 Nov. - Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) diminta terus membudayakan inovasi dan kreativiti mereka bagi membolehkan pelaksanaan penambahbaikan perkhidmatan di institusi tersebut.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon berkata, sehubungan itu, mereka perlu mengetengahkan idea-idea baru untuk menjana produktiviti kerana ia dapat meningkatkan kualiti UMS selaku pusat pendidikan utama.
''Bagaimanapun, inovasi yang diketengahkan itu tidak seharusnya terhad kepada satu bidang sahaja, ia perlu dipelbagaikan. Selain itu, idea tersebut juga perlu merangkumi kaedah yang boleh menghasilkan perkhidmatan lebih baik.
''Kita yakin, usaha ini mampu dilakukan oleh semua warga UMS," katanya ketika berucap merasmikan konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreativiti (KIK) kedua di Dewan Bankuasi UMS, di sini baru-baru ini.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), Prof. Dr. Shariff Abdul Kadir Omang.
Kamaruzaman berkata, konvensyen tersebut memberi ruang kepada warga UMS untuk berinovasi dalam menghasilkan idea-idea yang bernas dan kreatif.
Katanya, KIK merupakan platform terbaik bagi jabatan, sekolah, pusat dan institusi UMS bagi mengetengahkan hasil inovasi untuk dikongsi dan diaplikasi bersama.
Jelas beliau, pihaknya yakin melalui KIK bukan sahaja dapat menyelesaikan pelbagai masalah kerja, malah, memberi peningkatan dalam pembangunan modal insan.
''Ia juga menggalakkan budaya kerja kreatif dan inovatif serta mampu membina kerja berpasukan," ujarnya.
Beliau menambah, konvensyen itu dapat meningkatkan lagi motivasi semua yang terlibat dengan meraih pengiktirafan dan penghargaan banyak pihak.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua warga UMS untuk terus menghayati usaha pembudayaan inovasi dan kreativiti menerusi penyertaan mereka dalam KIK.

2 comments:

kman said...

Tahniah.... semoga aktiviti ini dapat dikekalkan menjadi budaya kerja dan bukan semata-mata untuk menyertai Konvensyen. Layari http://kmanblog.com untuk maklumat berkaitan 5S dan KIK.

awnaa said...
This comment has been removed by the author.