Saturday, February 20, 2010

dugaan ...

baru sebentar tadi mendengar cerita sedih tentang seorang sahabat dari zaman persekolahan menengah. memang sedih, dengan masalah rumahtangga, dan lagi ditimpa penyakit yang boleh meragut nyawa. dikatakan pernah sekali sehingga koma dan akibatnya sedikit menganggu ingatannya. menghampiri tarikh majlis perjumpaan semula yang dirancang pada 13 march 2010, kami sebenarnya teruja dan gemuruh juga untuk berjumpa semua selepas lebih 20 tahun.

apapun, kembali kepada cerita sahabat ku itu, ini dugaan berat. sesiapa yang pernah melalui pasti tahu, kaburnya pandangan, sakitnya asakan di dada dan kepala membuatkan keputusan dan perhitungan jadi kurang tepat. andainya terperangkap dalam keadan sebegini, kuatkan semangat dan fikir bahawa sebenarnya ada sinar disebalik tembok besar, hitam dan tebal di hadapan itu. setiap masalah ada penyelesaiannya, sama ada penyelesaian itu menyenangkan atau tidak.

mungkin tidak perlu diucap, tapi diri ini sudah melalui banyak perkara ... biarlah saja disimpan, tiada siapa yang tahu. biarlah jadi kekuatan ku di badai seterusnya ...

No comments: